Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin & Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (DXLP9)

Menerusi post terdahulu, saya kongsikan tentang cara – cara untuk root Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy SII. Seterusnya, melalui post kali ini saya akan kongsikan pula Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin. Rasanya hampir kesemua penggemar Android khususnya Samsung sedia maklum tentang kelahiran versi ketiga model Samsung Galaxy S yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S3 telah pun berada di pasaran. Memandangkan mobilityworlds pernah berkongsikan cara – cara root Samsung Galaxy Note dan Samsung Galaxy SII sebelum ini membuatkan terdapat beberapa pemilik Samsung Galaxy S3 meminta untuk disediakan juga Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300). Jadi, untuk tidak menghampakan semua, ikuti langkah – langkah di bawah dengan teliti.
Samsung Galaxy S3
Samsung Galaxy S3
Dalam proses rooting kali ini saya akan tunjukkan cara – cara root Samsung Galxy S3 menggunakan CF-Root yang dihasilkan oleh Chainfire (komuniti xda developers). Melalui proses rooting ini, Galaxy S3 anda akan dilengkapi dengan aplikasi SuperSU, ClockWorkMode 5.5 dan CWM Manager bagi membolehkan anda melakukan customization selepasnya.

PERINGATAN!

  • Pastikan peranti anda ialah Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) – Setting -> About Device -> Model number. Jika model anda berlainan dengan model yang dimaksudkan, anda dinasihatkan untuk TIDAK melakukan proses rooting ini.
  • Seperti biasa, mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Root Samsung Galaxy S3

  • Lakukan backup.
  • Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh.
  • Pastikan anda telah install Kies di PC/laptop anda. Jika belum, download Samsung Kies dari LINK INI, install dan restart PC/laptop anda.

Tools Yang Diperlukan

  • Odin 3 (3.0.4) – DOWNLOAD LINK
  • CF-Root-SGS3-v6.4.zip - DOWNLOAD LINK (selepas download, unzip file tersebut dan anda akan memperolehi file CF-Root-SGS3-v6.4.tar)

Cara – Cara Root Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) Menggunakan Odin ICS 4.0.4

Langkah 1

  • Setkan smartphone anda ke Debugging Mode ( Setting -> Applications -> Developement -> USB Debugging ).
  • Turn off smartphone ( pastikan betul – betul atau tanggalkan bateri smartphone anda untuk mendapatkan kepastian )

Langkah 2

  • Setkan smartphone anda ke Download Mode ( tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk beberapa saat sehingga anda berada di Download Mode )

Langkah 3

  • Start Odin 3 (3.0.4) yang anda download di PC / laptop anda.

Langkah 4

  • Sambungkan Galaxy S3 anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.

Langkah 5

  • Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna biru ).
Odin 3
Odin 3

Langkah 6

  • Klik PDA dan pilih file CF-Root-SGS3-v6.0.tar yang telah di download sebelum ini. (pastikan ianya .tar dan bukannya .zip)

Langkah 7

  • Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Peranti anda akan reboot secara automatik.
Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) ICS 4.0 anda kini telah berjaya di root. Untuk kepastian, pastikan wujud aplikasi SuperSU, CWM dan CWM Manager  di senarai aplikasi Samsung Galaxy S3 anda.
Good Luck!


==========================================================================

Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (DXLP9)


Saya andaikan pemilik Samsung Galaxy SII di Malaysia kini telah mula menikmati ICS 4.0 terbaharu di peranti masing – masing. Sekiranya belum, pastikan anda merujuk entri saya yang terdahulu tentang Cara – Cara Upgrade Samsung Galaxy SII dari Android Gingerbread 2.3.6 ke Android Ice Cream Sandwich 4.0.3 (ICS 4.0). Seterusnya, melalui post ini saya akan kongsikan Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (DXLP9).


Samsung Galaxy SII ICS 4.0 Root
Samsung Galaxy SII ICS 4.0 Root


NOTA : Proses root ini hanya untuk model Samsung Galaxy SII (GT-I9100) dan BUKAN untuk model Samsung Galaxy SII (GT-I9100G).
Kepada yang belum pasti tentang apa itu root, kelebihan dan kekurangan root,.. adalah disarankan anda membaca post DI SINI untuk mendapatkan gambaran penuh sebelum membuat keputusan untuk root smartphone anda.

Cara – Cara Root Samsung Galaxy SII ICS 4.0 (GT-I9100) – DXLP9

NOTA : Untuk model Samsung Galaxy SII GT-I9100 sahaja.

Tools Yang Diperlukan

Langkah 1

Download kedua – dua fail di atas dan extract Odin 1.85 di PC anda. Fail CF-Root-SGS2_DX_SIN_LP9-v5.4-CWM5 tidak perlu di extract.

Langkah 2

Shutdown smartphone anda. Setelah betul – betul shutdown, tekan butang VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk reboot ke Download Mode.

Langkah 3

Run Odin di PC / laptop

Langkah 4

Sambungkan Galaxy SII anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.

Langkah 5

Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna kuning ).

Langkah 6

Klik PDA dan pilih CF-Root-SGS2_DX_SIN_LP9-v5.4-CWM5.tar yang telah di download sebelum ini.

Langkah 7

Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai.

Langkah 8

Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy SII (GT-I9100) ICS 4.0 anda kini telah berjaya di root.

Langkah 9

Untuk memastikan peranti anda telah di root sepenuhnya, pastikan wujud aplikasi SuperSU di senarai aplikasi Samsung Galaxy SII anda.
Selamat berjaya!

Kesimpulan

Kepada pemilik model Samsung Galaxy SII (GT-I9100G), diharapkan anda bersabar. Sehingga kini, belum dikeluarkan sebarang kernel yang benar – benar stabil untuk menjalankan operasi root ke atas model GT-I9100G.













Komentar

Postingan Populer